Tuesday, September 27, 2011

puluh sudah bukan lagi belas

Assalamualaikum

hari ni bersamaan dengan 27 September umur aku bukan lagi belas lagi dah sekarang dah masuk puluh senang cite hari jadi aku la so orang cakap umur kat peringkat ni kira dah matang sebagai lelaki dewasa matang dari segi pemikiran,tingkah laku dan seumpama dengannya...tak ada yang lebih buat aku bersyukur selain diberikan umur yang panjang dan diberikan kesihatan yang sihat sejahtera oleh Allah S.W.T  Alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk bernafas dan hidup di atas bumi Allah yang fana' ini...tak lupa jugak aku bersyukur dikurniakan dan dilahirkan dalam keluarga yang menyayangi sangat2 diri aku ni aku pun sangat2 double,triple.mega triple dengan keluarga aku ^_^

Saturday, September 24, 2011

forteen-berdua bersatu

Assalamualaikum

best jugak lagu ni aku baru tahu kumpulan ni under KRU nye patut le sedap


Sunday, September 4, 2011

kisah petang ahad

Assalamualaikum

memang menguji kesabaran aku mana tak nye tengah2 sedap mandi dengan sabun kat badan..tiba2 air pulak tak ada aku fikirkan tekanan air ada orang lain pakai air sebab selalu nya memang macam tu kalau pakai bilik mandi yang lagi 1 ni...tunggu punya tunggu tak keluar2 jugak air memang sah tak ada yang tak best nya bilik mandi yang aku pakai ni tak ada air tangki kalau kat dapur punya ada air tangki senang sikit....

aku pun bukan nya suka sangat pakai bilik mandi yang lagi 1 ni aku pakai pun sebab ada tetamu datang tapi yang paling penting nasib baik le aku sempat beristinjak hahaha dan sempat solat asar lepas aku mandi dalam 5 minit lepas tu ada pulak air selang berapa minit lepas tu kejap ada kejap tak de serius memang menganjing betul padahal baru bape hari lepas dah buat aduan pasal tak ada air ni datang balik tak ada memang "terbaik" orang yang kerja kat jabatan air ni   

Saturday, September 3, 2011

peringatan

Assalamualaikum

sekadar nak share 1 ayat ni yang aku jumpa ni...baik jugak ayat ni macam 1 peringatan kat aku epecially dalam soal cinta maybe boleh dijadikan peringtan kat orang lain jugak

Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,

Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…

Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.

Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.

sumber : uptomu.net