Tuesday, February 15, 2011

akhirnya!!!

Assalamualaikum

apa yang dimaksudkan akhirnya ialah hajat aku harap ada Domino's Pizza kat melaka ni akhirnya menjadi kenyataan jugak :D nasib baik le akak aku bagi tahu kat aku Domino dah de 1 kat melaka ni kalau tak hari ahad hari tu memang aku pergi beli Pizza Hut jela....kenapa aku excited sangat nak makan Domino antaranya sebab aku dah lama sangat makan Pizza Hut tu yang try nak tukar angin pulak makan Domino kebetulan pulak aku nak keluar pergi study finance hari ahad time tu mak aku pulak tiba2 pesan suruh aku beli pizza then aku teringat la Domino cari punya cari jumpa jugak dia kat Taman Merdeka Permai,Batu Berendam penuh bhai banyak kan cina aku dah le tak bape nak dengar akak tukang order tu ckp bising giler dah le aku tak bape suka tempat crowded sangat aku pun ada plan nak ajak someone makan kat situ :)

view daripada jauh


sambil tu aku ambik gamba sikit saje nak bagi member aku terliur...lagi pun pizza favorite dia boleh dikatakan makanan ruji dia la jugak :D
  

Maulidur Rasul dengan Valentine's Day

Assalamualaikum

lama aku tak update blog antara reason nye internet la kejap ada kejap tak de bikin panas je....so sebelum terlupa aku nak ucap selamat menyambut Maulidur Rasul cite pasal Maulidur Rasul ni mengingatkan kita kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. teringat pulak aku semalam sebelum nak pergi kelas mak aku tengah tengok Halaqah kat channel tv9 topik dia agak menarik jugak sejarah pasal Valentine Day yela lagipun hari Valentine disambut sehari sebelum Maulidur Rasul so kira macam tak bagus la bagi orang islam yang menyambutnya sebab apa ini yang kita nak tahu tu  

Sejarah Valentine's Day



Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
 

Friday, February 4, 2011

kepada gadis penggemar shawl dan kain cotton

Assalamualaikum

baru2 ni akak aku officially buat blog bisness dia bisness dia ni kira baru lagi la mula dia jual accessories berkenaan dengan perempuan la lagi pun gadis sekarang ni kan suka berfesyen,nak kelihatan cantik ;) 
 so kalau korang interest pergi la tengok blog dia http://warungfesyen.blogspot.com/ dan dia pun ada jugak facebook add la warung fesyen....kalau korang berminat dengan kain cotton pergi la tengok blog http://crazycottonindahouse.blogspot.com/ bisness akak aku jugak dia pun ada facebook add la 
crazycotton indahouse kain dia pun aku tengok lawa jugak   



antara sample gamba daripada blog dia

marah

Assalamualaikum

entri kali ini pasal macam mane nak kawal kemarahan terus terang aku sendiri pun seorang yang "hot temper" dan susah nak kawal kadang2....sebab sikap hot temper aku ni la berlaku salah faham dengan member2 aku dan aku hampir2 kehilangan dia orang....so aku terjumpa tips nak kawal kemarahan dan cerita berkenaan Nabi Muhammah S.A.W dan sahabat nye Sayyidina Abu Bakar.

Tips kawal kemarahan (seperti yang diajarkan oleh nabi SAW) ;
1- Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
 2- Kalau anda sedang duduk, baringlah.
**Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain.
Abu hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan ; “Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah saw duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.
Selapas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; “Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab ; “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”
Abu Said al Khurdi pula berkata : Rasulullah ada bersabda : “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah iaberbaring.”
Abu Hurairah al Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda : “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”


 Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

 (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

 (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
        
      (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

 (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

     (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
   
(6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

(7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

 (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

 (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. 

so aku akan try sedaya upaya aku menjadi seorang penyabar supaya tak ulang kesilapan yang sama lagi.



Wednesday, February 2, 2011

madu

Assalamualaikum

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."

(Surah An-Nahl: 68-69)

madu sebenar nya banyak khasiat tetapi tak ramai yang tahu pasal benda ni dan aku pun tahu la sikit2 pasal madu ni....aku ada la jugak merayau2 cari info pasal madu time tengah boring2 ni....aku cuma nak berkongsi info kat korang semua... andai kata kalau ada yang tersalah tulis fakta pasal benda ni mintak maaf la ye...

fakta tentang madu
  
1. Anda tak suka bayam? minum madu, ia mempunyai antioksidan pada paras

              kandungan yang sama dalam bayam dan ia baik untuk kesihatan jantung anda.

              2. Madu adalah satu-satunya makanan yang mengandungi semua unsur yang untuk
                  kehidupan termasuk air.

              3. Madu mempercepatkan penyembuhan luka terbuka dan melawan jangkitan

              4. Madu dan sarang lebah merupakan bahan asas kepada krim kulit,lipstick
losyen tangan.

          5. Boleh menghilangkan sesak nafas dengan mencampurkannya ke dalam air.

       6. Dimasak dengan cuka dan dipakai berkumur-kumur untuk mengubati sakit gigi.
     
           7. Digunakan sebagai pembalut dicampur dengan cuka untuk mengatasi jerawat dan
                 kudis bernanah.