Monday, January 31, 2011

orang genius

Assalamualaikum

hari ni dapat ilham nak tulis berkenaan dengan bagaimana nak jadi orang genius...aku dapat ilham nak tulis pasal sebab semalam akakaku cerita lecturer dia ada baca 1 fakta kat internet dia cakap orang yang dapat kawal pemikiran dia adalah orang genius...so aku bila dengar fakta tu macam jadi 1 motivation kat diri aku untuk jadi macam yang akak aku cakap kan tu....aku jugak try cari fakta pasal ni akhir nya jumpa jugak....

faktor yang membuat kan seseorang itu genius

  1."mindset" kalau kita fikir secara positive dalam segala apa yang kita buat benda yang kita rasa susah akan menjadi     senang.

2.orang yang genius boleh memahami pandangan orang lain ini terjadi apabila bersikap berfikiran terbuka serta menunjukkan minat terhadap idea orang lain tanpa perlu membuat "critical judgement" cara seperti ini mendorong berfikiran secara intelektual

3. selalu belajar dan memperbaiki diri
-apa pun yang kita lakukan selalu nya ada cara yang lebih baik untuk melakukannya kerana kita selalu belajar dalam kehidupan kita dan banyak lagi yang perlu memperbaiki dalam kehidupan ini dengan cara ini kita akan lebih maju ke hadapan

4.sentiasa fokus dan mengetahui apa matlamat yang hendak dicapai dalam kehidupan

5.mencipta sesuatu benda baru yang memberi faedah kepada diri sendiri dan dunia

6."kegagalan" tidak menjadi penghalang untuk berjaya

7.kita tidak akan dapat apa2 dalam kehidupan jika hanya bekerja keras atau memaksa diri kita untuk mencapai matlamat hidup kita tetapi kita akan dapat mencapai sesuatu apabila kita menyedari apa sebenar
nya matlamat hidup kita

8.orang genius mempunyai matlamat hidup nya sendiri dan sentiasa fokus dengan matlamat nya sehingga dia dapat mencapai nya

benda ni akan jadi sebagai motivasi kat diri aku

Wednesday, January 19, 2011

contest

Assalamualaikum


esok aku ada 1 pertandingan yang perlu aku hadiri kuiz arab yang menarik nya aku ditarik masuk dalam benda ni bukan sukarelawan pun huhuhu tapi tak apa la nanti dapat ilmu jugak...so nak tak nak kena la baca buku arab sem lepas balik nasib baik le ada lagi buku ni lagi pun pelajaran dia tak de la susah mana lagi pun dah ade basic dan dah pernah belajar dah yang buat aku malas mengantuk le ni pun dh niat nak tidur dah ni tapi terpaksa bersengkang mata nak habis kan separuh daripada chapter dia....so korang doa kan aku supaya mudah menjawab kesemua soalan nya dan dapat menang kuiz esok harap2 dapat menang duit dan tropi hahahahaha ke situ pulak aku

Tuesday, January 18, 2011

malam

Assalamualaikum

aduh!!!!! aku cukup malas betul kalau nak pergi kelas malam ni antara sebab nye kelas malam tu pulak kelas kira2 memang agak susah sikit nak masuk kalau kelas malam tu bukan kelas kira2 macam kelas subjek dia banyak kan fakta aku tak kesah sangat la harap2 la kelas tu boleh di tukar kan kepada kelas pagi atau petang tak ada kelas malam langsung pun bagus jugak hahahaha....hmmmm tak pe la lagi pun pelajaran tak boleh nak merungut sangat terpaksa la kena berkorban sikit dan lagi pun untuk 4 bulan je bukan setahun

Monday, January 17, 2011

patut ke?????

Assalamualaikum

hari ni tiba2 pulak rajin nak buat montaj ni niat di hati nak buat lagi baik daripada ni tapi pikir2 balik risau takde mase pulak yela kalau nak buat bende ni perlukan ramai pelakon tapi tak pe lah mana la tahu masing2 sibuk ke ni je la yang aku dapat buat menggunakan sumber2 yang sedia ada gamba pon lama punya tu jela yang aku ada nak sesuai kan montaj ni asal nye nak tayang kan kat kelas LAW nanti tapi patut ke tayang????
 hmmmm apa2 pon enjoy la dengan montaj ni




Monday, January 10, 2011

mengidam

Assalamualaikum

haish!!!!tiba2 mengidam pulak selalu nye kalau dalam bab2 mengidam orang perempuan nak2 bila mengandung tapi aku bukan ek aku punya mengidam ni lain sikit nak makan sesuatu benda  lagi pun benda ni tak de kat melaka ni kadang2 benggang la jugak melaka ni makin hari makin maju la jugak aku tengok tapi 1 benda ni je belum ada kat melaka ni aku harap2 la tersangat2 benda ni ada 1 cawangan kat melaka senang sikit aku nak beli bila aku memerlukan nye....

ni le benda yang aku maksud kan yela hari tu 1st time aku makan benda ni leh tahan la roti dia pon tebal,empuk n sedap memang tu subjek utama lah berbeza daripada pizza hut 

Wednesday, January 5, 2011

bond

Assalamualaikum

"bond" kalau diterjemahkan maksud dia ikatan entri kali ni ada kena mengena dengan perkataan tu kata orang kalau perasaan  dah menguasai diri agak susah sikit nak kawal dalam apa jua yang kita lakukan....yup aku salah seorang daripada nya kadang2 buat keputusan ikut kan perasaan....tapi aku fikirkan balik aku makin keliru apa yang aku patut buat......cerita pasal "bond" ni bermula bila aku buat keputusan berpisah dengan member2 aku yang aku kenal hampir dah setahun bila aku dah tak bersama dengan die orang lagi tiba2 terdetik dalam hati dan fikiran aku terbayang kan die orang ada jugak sampai mood tak de pon ada gak yela mana tak nye aku dah 1 kelas dengan die orang lama la gak.....1 perasaan muncul bila dia orang  tak de tiba2 jadi rindu lak perasaan ni aku rasa pelik dan kelakar pun ada gak....pelik tapi benar perasaan ni selalu nya muncul dengan family aku je belum pernah lagi aku rasa macam  ni dengan member aku sendiri.....mungkin segala mimpi yang sama  aku dapat masa cuti sem hari tu mungkin ada memberi 1 petunjuk kat aku

orang selalu cakap setiap apa yang terjadi ada hikmah nya