Friday, April 29, 2011

RIO

Assalamualaikum

baru je balik dari Dataran Pahlawan,Melaka saja je nak update blog maklum lah tengah sem break tak de nak buat sangat layan blog la pe lagi aku pergi Dataran Pahlawan tu pergi tengok wayang cerita Rio 3D punya mula2 ingat macam tak percaya aje tak kan dalam 3D je so search punya search memang dalam 3D je so go on je la lagi pun memang nak tengok cerita kartun untuk release tension bagi aku ok la cerita ni best berbaloi la jugak pergi tengok dan first time jugak aku merasa tengok wayang dalam 3D punya rasa benda tu macam dekat dengan aku pulak rasa nak pegang pun ada jugak hehehe maklum la rasa jakun tu ada la sikit....tapi paling gamble la aku pergi tengok wayang sorang2 je biasa la orang single nak ajak girlfriend tak de paling style tak ramai orang tengok cerita tu so ak dapat tengok cerita tu dengan aman..


Thursday, April 28, 2011

tak lama lagi

Assalamualaikum

tak lama lagi aku akan kembali kepada rutin harian aku apakah dia...workout la!!!!! apa lagi tapi hari ini rileks dulu nak balas dendam tidur hahaha...hari ini aku duduk sorang2 je la kat rumah parents pergi kerja agak bosan la hari ini selalu nya time macam ni keluar pergi kelas tapi dah sem break tak de lah hari ini sarapan paling style makan burger Alaskan Fish semalam punya 


maklum la beli lebih nak buang memang sangat2 la rugi kan so simpan untuk sarapan je lah sampai nak tertido aku nak habiskan benda ni....mungkin weekends atau esok aku mula rutin aku lagi pun ada baik nya daripada duduk terperuk kat rumah tu je bina lemak secara tak sihat buat apa so sekurang-kurang nya workout boleh sihat kan badan.

Wednesday, April 27, 2011

rileks

Assalamualaikum

lama betul aku tak update blog maklum la final sem ni boleh dikatakan mencabar dari segi mental dan fizikal sebabnya gap antara kertas lain tak ada banyak masa 1 lagi hal pulak subjek LAW yang perlu buat persediaan awal sebab nye ada 1 hari tu dua paper aku ada LAW dengan IT memang terbaik la kombinasi dia naik pressure+berat kepala otak aku baca banyak benda especially LAW tapi Alhamdulillah semua tu membawa hasil...paling yang tak boleh lupa time paper LAW aku dah target nak jawab certain soalan esey dia tapi soalan dia tak menepati sasaran aku so aku tukar soalan lain sebab dia kena jawab tiga dalam soalan esey yang buat bengggang nye mula2 cakap jawab 2 soalan sebab nya kena arahan soalan tak lama lepas tu dia cakap jawab tiga pulak...so bila aku pikir2 balik tak dapat soalan yang aku target aku try jawab soalan yang aku tak buat latihan pasal dia Alhamdulillah otak boleh ingat jawapan untuk soalan tu kira dimurahkan rezeki la time tu....sebelum nak masuk dewan exam member aku boleh cakap "muka ko tenang je mesti boleh jawab semua"aku pelik time tu padahal aku tengah cuak time tu bukan dia sorang yang cakap macam tu dah dua orang cakap macam mungkin sebab aku doa mintak supaya tenang jawab soalan mungkin sebab tu la
so pada hari ini bersamaan 27 April 2011 habis sudah final aku untuk sem 4 aku bertawakal dan berdoa kepada Allah supaya aku lulus semua paper aku lagi pun aku dah berusaha bak kata madam aku 
"usaha,doa,tawakal"

so holiday dah start dan aku dah ada plan aku sendiri time holiday ni

Saturday, April 9, 2011

berderet!!!!

Assalamualaikum

Ya Allah!minggu ni je aku ada 3 test...isnin aku ada test finance lepas tu hari khamis test IT nak baca nya banyak pulak tu chapter 7-19 lepas tu mungkin hari jumaat test LAW minggu2 akhir ni la time tu la ada test berderet....dah la risau dengan LAW ni banyak benda nak kena baca dan hafal seksyen nye...aku ada masa terluang time study week jela time tu jela aku kena struggle sedaya upaya study...haa lagi 1 perkara yang agak bikin aku kecewa jadual exam sebab ada 1 hari tu 2 paper LAW dengan IT fuhhh!!!!....tapi nak buat macam mana benda tu tak boleh ubah so tak boleh mengeluh banyak sangat daripada usaha CHAIYOK2!!!!(motivasi untuk diri sendiri)

Wednesday, April 6, 2011

haishhh....

Assalamualaikum

hari ini tiba-tiba aku terfikir pasal tentang sesuatu perkara tak tahu kenapa benda ni boleh dikatakan lebih kurang  desas desus tenang seseorang tapi dalam masa yang sama aku agak thankful la jugak dekat member aku dia bagi aku sikit nasihat daripada desas desus tu dia cakap "jangan terlalu baik sangat dengan orang takut nanti orang gunakan kita balik" tapi tu la kan kepala otak aku ni keliru bila pandang orang tu antara benar dengan tidak benar desas desus tu tapi time tu member aku pesan jugak mungkin benda ni tak benar jugak mungkin boleh jugak disalah ertikan so aku try set kan kepala otak aku untuk berfikiran positive dan try treat macam biasa la tapi tu la hari ni lain sikit la ak treat tak macam selalu nya sebab benda ni la hati dengan perasaan aku berbelah bagi dengan dia...1 lagi jugak aku cakap dekat diri aku sendiri bukan semua perkara kita lihat sebagai negatif je maybe betul benda ni or maybe salah tak pe la lama-lama hilang benda ni daripada kepala otak

Sunday, April 3, 2011

panjang berjela

Assalamualaikum

hari ni nak cerita pasal assignment IT aku 1 budak kelas aku ditugaskan cari journal yang berkaitan IT dalam business source memang lecturer kita orang dah bagi so mula-mula tu rasa dalam comfort zone la yela sebab dah bagi link untuk cari benda ni aku di antara orang yang tak buat awal2 la benda ni padahal dah siap save dalam handphone nama link tu tapi tak ada jugak inisiatif buka link tu baru sekarang ni la terhegeh-hegeh nak buka....bila dah buka tu nak try download dia punya pdf tak dapat try register pun sama jugak hilang mood aku bila member aku cakap tak boleh download kalau pakai internet biasa kena pakai wifi uitm tapi dia try pakai pun sama jugak result dia so kena ada inisiatif sendiri la cari link lain nasib baik la jumpa...dah jumpa tu kena baca pulak dah la panjang berjela sampai 16 muka surat malas aku nak baca dalam laptop pening so print out la lepas dah baca kena buat summary...nak submit bila tak tahu la tak ada pun budak kelas cakap bila better aku buat secepat mungkin sebelum terlambat....