Friday, December 23, 2011

gerhana bulan

Assalamualaikum

lama jugak tak buat new post kat blog maklumlah tak ade idea nak tulis apa so nak cerita pasal gerhana bulan yang terjadi pada 10 Disember yang lepas lama jugak lah gerhana tu tak silap dia mula pukul 10.30 pm sampai pukul 1 pagi macam tu la aku pun dah lupa sori la kalau salah....so alang2 dah ada kamera dslr akak aku punya kat aku apa lagi guna la peluang yang ada lagi pun aku memang minat amik gamba benda2 yang menarik tapi sayangnya aku tak ada lens 200 mm  rupe nye macam kat gambar bawah ni

tapi maklumlah bajet pun tak banyak mana pun pasrah je la lagi pun kalau aku ambik gambar dengan lens biasa gamba bulan tu nampak kecil je last2  aku tengok je la....2 3 kali keluar masuk rumah nak tengok setiap fasa gerhana punye pasal hahaha

Wednesday, November 16, 2011

apa personality anda?

Assalamualaikum

Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir
Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.


jawapan:
Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe

(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)


1- Introspektif, Sensitif, Reflektif


Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.


2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut


Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.


3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert


Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni


Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani.
Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri


Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif


Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri.
Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.


7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang


Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: “Anda cuma hidup sekali.”
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi


Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri


Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan “permata-permata” yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif – serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.



Sumber : uptomu.net

Sunday, November 13, 2011

art photo-floating

Assalamualaikum

hari ni aku nak share dengan korang salah seorang photographer yang terkenal dari Jepun Natsumi Hayashi cantik dan unik jugak la hasil kerja dia..style la macam seolah-olah dia terapung muka dia pun rilex je bila tengah lompat selalu nya kita nak snap gambar lompat bukan main susah lagi dengan macam2 ekspresi muka yang tak senonoh hahaha...dia sendiri pun ada cakap nak dapat hasil macam dalam ni memang penat la nak kena kawal ekspresi muka lagi perlukan practice nanti aku pun nak try jugak la snap gamba macam ni lagi pun photography memang salah satu minat aku 

antara hasil kerja Natsumi Hayashi "floating girl"












Wednesday, October 26, 2011

putrajaya dan shah alam

Assalamualaikum

weekends hari tu aku dengan family aku stay Shah Alam untuk konvokesyen akak aku konvo dia hari ahad tapi aku dah pakat dengan ayah aku nak pergi putrajaya saja2 je nak jalan2 tempat orang time cuti sem ni lagi pun aku tak pernah pergi putrjaya macam rusa masuk kampung bila sampai sana best jugak la kat sana banyak tempat cantik for take a picure itu pun aku rasa tak puas lagi jalan2 kat sana tak sempat nak usha alamanda lagi pun masing2 dah penat dan lapar 

gambar sekitar putrajaya


mak aku dengan kawan oversea dia hahaha padahal kenal on da spot terkejut jugak aku ahahaha 


so lepas balik daripada putrajaya aku dengan family check in resort kat Shah Alam nak prepare tuk konvo akak aku esok tu tak sangka pulak nama resort tu Intekma sama nama kat taman perumahan dekat uitm aku style la..

gamba hari konvo







konvo akak buat kat dewan baru uitm shah alam untung laa besar la jugal dalam dia tapi tak leh bla la nak masuk dalam bukan main payah lagi yela aku gi pakai jeans pulak nak masuk dalam tu tak leh pakai memang cuba sedaya upaya cilok mencilok nak masuk dalam hahaha lagipun semua family aku masuk tak kan le aku tinggal sorang tak masuk nyirap la jugak dengan akak kadet polis tu biasa la uitm macam2 protokol sampai orang nak tumpang solat dengan toilet kat dalam tak kasi boleh2 nak suruh pakai kat luar nye...oh lupa pulak taniah kepada akak aku dah grads lepas ni giliran aku pulak Insya-Allah :)

Wednesday, October 19, 2011

sonim xp5300 force 3g

Assalamualaikum


hari ni nak share sikit dengan korang pasal handphone berjenama Sonim jenama ni memang kita tak pernah dengar sebab handphone pun baru je masuk dalam pasaran Malaysia so kira baru nak diperkenalkan hanphone bukan dikenali sebagai handphone pintar tapi lebih dikenali sebagai handphone tahan lasak sebab handphone ni masih boleh berfungsi dengan baik kalau berada dalam air sedalam 2 meter dan mampu bertahan pada shu -25 darjah celcius hingga 55 darjah celcius so kalau korang yang mana pakai handphone ganas giler tu tak sampai berapa bulan dah tukar handphone baru tu sesuai le pakai ni hahaha harga hanphone ni RM 1999 berat dia pulak 185 gram


Monday, October 10, 2011

bila kereta Malaysia di perantauan

Assalamualaikum

nak cerita pasal kereta Malaysia ni aku pun malas nak komen banyak...bagi orang yang berpendapatan tinggi mesti prefer nak beli kereta buatan luar negara punye bagi orang yang berpendapatan sederhana pulak kira macam bersyukur apa yang ada la so prefer beli kereta buatan Malaysia....korang pun boleh tahu kenapa kebanyakkan orang Malaysia lebih prefer kereta buatan luar negara so tak payah le aku nak cakap banyak pasal ni....tapi bukan pasal ni aku nak cerita hari ni hahaha

hari ni aku nak share video bila kereta buatan Malaysia kita berada kat luar negara bagi korang yang minat kereta mesti pernah tengok Top Gear yang dulu selalu ada kat ntv7 sekarang tak le ada lagi ke tak...so sit back and watch sebelum tu kena bersabar la sikit tunggu dia buffer 









aku lebih suggest korang tengok video yang ke-3 serius tak boleh bla

Sunday, October 9, 2011

cerita release tension

Assalamualaikum

minggu lepas...lepas habis je aku nye final exam memang serius aku nak cari movie kelakar dekat wayang orang ramai cakap cerita Johnny English tu kelakar best la biasa la manusia kalau kita banyak dengar feedback positive pasal sesuatu benda tu mesti terpengaruh nak cuba aku pun selamba je la pergi tengok cerita Johnny English tu sorang2 amik seat hujung sekali sorang2 sebab nak release tension punye pasal boleh gelak puas2 sorang2 last2 tak de le kelakar mana cerita tu awal2 je la yang lawak bikin rugi je duit aku.

haishh!! johnny english2 kau memang bikin duit aku terbang macam tu je untung laaa


so aku masih cari cerita yang release tension aku tiba2 teringat pulak game show running man tu aku tengok akak tengok cerita tu bukan gelak sakan aku try tengok cerita tu dekat online serius hilang tension aku memang lawak giler!tapi yang bestnya tengok online kena tunggu buffer ada pulak certain episode link video dia yang tak ok nye nasib baik le akak aku ada simpan episode baru feel nak tengok.

kalau bagi korang yang suka tengok korea memang tahu le game show ni 

Tuesday, September 27, 2011

puluh sudah bukan lagi belas

Assalamualaikum

hari ni bersamaan dengan 27 September umur aku bukan lagi belas lagi dah sekarang dah masuk puluh senang cite hari jadi aku la so orang cakap umur kat peringkat ni kira dah matang sebagai lelaki dewasa matang dari segi pemikiran,tingkah laku dan seumpama dengannya...tak ada yang lebih buat aku bersyukur selain diberikan umur yang panjang dan diberikan kesihatan yang sihat sejahtera oleh Allah S.W.T  Alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk bernafas dan hidup di atas bumi Allah yang fana' ini...tak lupa jugak aku bersyukur dikurniakan dan dilahirkan dalam keluarga yang menyayangi sangat2 diri aku ni aku pun sangat2 double,triple.mega triple dengan keluarga aku ^_^

Saturday, September 24, 2011

forteen-berdua bersatu

Assalamualaikum

best jugak lagu ni aku baru tahu kumpulan ni under KRU nye patut le sedap


Sunday, September 4, 2011

kisah petang ahad

Assalamualaikum

memang menguji kesabaran aku mana tak nye tengah2 sedap mandi dengan sabun kat badan..tiba2 air pulak tak ada aku fikirkan tekanan air ada orang lain pakai air sebab selalu nya memang macam tu kalau pakai bilik mandi yang lagi 1 ni...tunggu punya tunggu tak keluar2 jugak air memang sah tak ada yang tak best nya bilik mandi yang aku pakai ni tak ada air tangki kalau kat dapur punya ada air tangki senang sikit....

aku pun bukan nya suka sangat pakai bilik mandi yang lagi 1 ni aku pakai pun sebab ada tetamu datang tapi yang paling penting nasib baik le aku sempat beristinjak hahaha dan sempat solat asar lepas aku mandi dalam 5 minit lepas tu ada pulak air selang berapa minit lepas tu kejap ada kejap tak de serius memang menganjing betul padahal baru bape hari lepas dah buat aduan pasal tak ada air ni datang balik tak ada memang "terbaik" orang yang kerja kat jabatan air ni