Friday, February 4, 2011

marah

Assalamualaikum

entri kali ini pasal macam mane nak kawal kemarahan terus terang aku sendiri pun seorang yang "hot temper" dan susah nak kawal kadang2....sebab sikap hot temper aku ni la berlaku salah faham dengan member2 aku dan aku hampir2 kehilangan dia orang....so aku terjumpa tips nak kawal kemarahan dan cerita berkenaan Nabi Muhammah S.A.W dan sahabat nye Sayyidina Abu Bakar.

Tips kawal kemarahan (seperti yang diajarkan oleh nabi SAW) ;
1- Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
 2- Kalau anda sedang duduk, baringlah.
**Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain.
Abu hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan ; “Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah saw duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.
Selapas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; “Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab ; “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”
Abu Said al Khurdi pula berkata : Rasulullah ada bersabda : “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah iaberbaring.”
Abu Hurairah al Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda : “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”


 Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

 (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

 (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
        
      (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

 (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

     (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
   
(6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

(7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

 (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

 (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. 

so aku akan try sedaya upaya aku menjadi seorang penyabar supaya tak ulang kesilapan yang sama lagi.



2 comments:

Anonymous said...

fatihah : em ... bgus2 jdkan ksah ni sbg panduan . aku pon slalu cpt nek marah . then susa nk control . sakit sgt kalo marah .

manusiabiase said...

bgus2 :)